Miklós Horthy
Miklós Horthy

Miklós Horthy

Miklós Horthy de Nagybánya (Bahasa Hungary: Vitéz[1] nagybányai Horthy Miklós; Sebutan Hungary:ˈviteːz ˈnɒɟbaːɲɒi ˈhorti ˈmikloːʃ; Inggeris: Nicholas Horthy;[2] Bahasa Jerman: Nikolaus Horthy Ritter von Nagybánya; 18 Jun 1868 – 9 Februari 1957) adalah seorang Laksamana Madya (Vizeadmiral) berbangsa Hungary dan negarawan, yang berkhidmat sebagai Pemangku Raja Kerajaan Hungary antara Perang Dunia I dan II dan di sebahagian besar Perang Dunia II, dari 1 Mac 1920 hingga 15 Oktober 1944. Beliau telah digelar "Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kerajaan Hungary" (Bahasa Hungary: Ő Főméltósága a Magyar Királyság Kormányzója).Horthy memulakan kerjayanya sebagai Leftenan Muda (Fregattenleutnant) dalam Tentera Laut Austria-Hungary pada tahun 1896 dan mencapai pangkat Laksamana Muda (Konteradmiral) pada tahun 1918. Beliau berkhidmat dalam Serangan Otranto dan dalam Pertempuran Selat Otranto dan menjadi Panglima Tentera Laut Austria-Hungary pada tahun terakhir Perang Dunia I. Pada tahun 1919, selepas beberapa siri revolusi dan campurtangan di Hungary yang melibatkan Republik Soviet Hungary, Romania, Czechoslovakia, dan Yugoslavia dalam jangka masa pendek, Horthy kembali ke Budapest bersama Tentera Nasional dan menubuhkan pemerintahan pemangku raja. Horthy memimpin kerajaan konservatif nasional[3]disepanjang zaman antara perang, mengharamkan parti komunis dan parti Arrow Cross fasis, serta meneruskan dasar luar irredentist bagi menghadapi Perjanjian Trianon. Charles IV gagal mendapatkan semula takhtanya sebanyak dua kali daripada Horthy sehingga, dalam tahun 1921, parlimen secara rasmi membatalkan persetujuan pragmatik, berkesan menurunkan tahkta raja Habsburg.Pada era 1930an, dasar luar Horthy menyebabkan beliau bersahabat dengan Jerman Nazi. Dengan bantuan Adolf Hitler, Horthy dapat menuntut semula tanah etnik Hungary yang hilang selepas Perang Dunia I dalam empat peristiwa yang berasingan. Dibawah kepimpinan Horthy, Hungary terlibat dalam pencerobohan Soviet Union dan Yugoslavia. Walau bagaimanapun, keengganan Horthy untuk menyumbang kepada usaha perang Jerman dan kepada pengusiran Yahudi Hungary, ditambah dengan percubaan untuk mengadakan perjanjian rahsia bersama pihak Bersekutu, akhirnya menyebabkan pihak Jerman menceroboh dan menguasai negara tersebut pada Mac 1944. Pada Oktober 1944, Horthy mengumumkan Hungary akan menyerah kalah dan menarik diri dari Kuasa Paksi. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan, ditangkap dan dibawa ke Bavaria. Pada pengakhiran perang, beliau berada dibawah tahanan tentera Amerika.Selepas muncul sebagai saksi di perbicaraan jenayah perang Nuremberg pada tahun 1948, Horthy menetap dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dalam buangan di Portugal. Memoirnya, Ein Leben für Ungarn (A Life for Hungary),[4] telah mula diterbitkan pada tahun 1953. Beliau telah dilihat sebagai tokoh sejarah kontroversi dalam kontemporari Hungary.[5][6][7][8]

Miklós Horthy

Lahir Miklós Horthy de Nagybánya
(1868-06-18)18 Jun 1868
Kenderes, Austria-Hungary
Timbalan István Horthy (1942)
Didahului oleh Károly Huszár (pemangku)
Pasangan Magdolna Purgly
Digantikan oleh Ferenc Szálasia
Hubungan Bapa:
István Horthy
Ibu:
Paula Halassy
Anak-anak Magdolna (b. 1902)
Paula (b. 1903)
István (b. 1904)
Miklós (b. 1907)
Meninggal dunia 9 Februari 1957(1957-02-09) (umur 88)
Estoril, Portugal
Perdana Menteri Károly Huszár
S. Simonyi-Semadam
Pál Teleki
István Bethlen
Gyula Károlyi
Gyula Gömbös
Kálmán Darányi
Béla Imrédy
Pál Teleki
F. Keresztes-Fischer (pemangku)
László Bárdossy
F. Keresztes-Fischer (pemangku)
Miklós Kállay
Döme Sztójay
Géza Lakatos

Rujukan

WikiPedia: Miklós Horthy http://www.bloomberg.com/news/2012-06-13/hungary-l... http://www.economist.com/news/europe/21589479-wart... http://www.firstworldwar.com/bio/horthy.htm http://historicaltextarchive.com/books.php?op=view... http://mozgovilag.com/?p=2479 http://www.spiegel.de/international/europe/right-w... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.horthy.hu/ http://www.hungarian-history.hu/lib/horthy/horthy.... http://www.hungarian-history.hu/lib/horthy/horthy....